Tuesday, March 27, 2012

Kuching Sarawak Holiday

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

haha.. lama dah tak update blog, maaf la banyak no bende nak buat, tapi tak buat pun, banyak keje tertangguh , tapi orang cakap kalau anak dah nak masuk 2 tahun ni sampai umur dia 5 tahun adalah waktu2 yang precious untuk kita tengok gelagat n keleytah dia. Rugi kalau parents tak layan dia time2 ni .. tu yang kalau balik kerja je sekarang ni, aku akan tunggu Aisy Laiqah tido dulu baru aku buat keje2 yang tertunggak. Itu pun nasib la kalau aku tak tertido sekali kekekekeke, tapi kadang2 tu hati kering jugak mengadap pc dalam bilik, nanti dia sibuk la datang nak "menolong " sekali, nanti adalah komen2 yang dia tak puas hati bila time aku edit gambar "memembaba bu iiihik waaaa bua bua baa ba ayahhh yah yayayayay iiiiiiihiii" - ni adalah antara komen yang aku selalu dapat .. maksud dia ... aku pun tak paham. dah macam bahasa Hawaii pun ade.

okeh, bulan 7 tahun lepas wife aku merachun aku untuk pi Kuching, and aku pun terachun setelah beliau membuat presentation tentang Kuching beserta slide2 gambar tempat2 yang menarik yang wajib dikunjungi serta hotel yang bakal kitorang duduki. Aku terachun part hotel tu je sebab hotel tu memang superb la, dengan pool dia, ngan environment dia. nanti aku bitau la hotel ape.. sila baca setiap huruf yang aku taip supaya tak ketinggalan apekah sebenarnya nama hotel yang telah kitorang huni selama 5 malam. setiap hurup tu eja betul2.. nanti tertinggal susah, setiap huruf, eja kuat2 ... takper.. tak payah malu ngan kawan2 seopis, diorang pun ngulau jugak main facebook hahahaha.. cuba nengok muka diorang yang ala2 garing/ketat tengah cover line buat keje... padahal tengah stalk page orang, or tgh komen secara professional gambar2 orang paling tidak pun layan 9gag . haha!

setelah 8 bulan menunggu, akhirnya tiba tanggal 5 mac. kitorang gerak dari Melaka pukul 3.30 pagi, sampai rumah sahabat aku , Ajib di Nilai pukul 5.30 pagi, beliau hantar kami ke LCCT dalam pkl 6 lebih, sampai2 je terus kitorang check in luggage and tunggu flight yang akan berlepas pkl 8 lebih. Kitorang neves sebenarnye sebab ni first time Aisy Laiqah nak naik flight. Preparation aku untuk Aisy Laiqah tidak panik dalam flight ialah dengan letak lagu2 Maher Zain ngan Yuna dalam ipod aku and aku bagi dia dengar guna headphone. Maybe sebab letih sangat, masa kat dalam kapal tebang , masa kapal tengah panaskan enjen, Aisy Laiqah dah tertido, syok sgt layan lagu Maher Zain kot. Alhamdulillah sepanjang flight dia tido



Sampai je Kuching, sahabat sekolah teknik Ampangan aku Kasirul volunteer nak sambut aku kat airport, lama gak aku tak jumpa Kasirul ni, dalam 3 tahun sebab sebelum ni dia bertugas di Melaka. Kasirul pun bawak kitorang mini tour jalan-jalan bandar Kuching and tunjukkan spot2 best.

lepas pusing2, Kasirul bawak kitorang ke Kopi O Corner  , pekene mee kolok!

Kopi O Corner
Jalan Satok, 
93400 Kuching, Malaysia

best wooo mee kolok .. mee kolok paling best kat Kuching ialah disini. Mee kolok ni mcm yee mee lembut, kuah dia guna sup daging and ade sos pedas, memang best.. sedap. Rugi kalau pi Kuching tapi tak makan mee kolok kat Kopi O Corner. Mee jawa dia pun sedap, tapi mee jawa aku makan lain hari, so nanti aku cerita heheheh. Sori la gambar bile dah habes makannn hahahahah terlupa sebab sedap sgt , menjilat mangkuk wooo..



Lepas makan, Kasirul nak antar kitorang ke hotel kitorang yang terletak di Santubong, lebih kurang 45 minit dari bandar Kuching. Sebelum sampai, dia buat lencongan sikit ke Kampung Buntal di kawasan Santubong. Kampung ni kampung nelayan, ade pasar kecik yang jual fresh sea food. Harga memang murah gaban dari harga kat semenanjung.
On the way nak ke hotel, banyak spot2 yang best untuk fotografi yang aku nampak, tapi sebab percutian keluarga, so aku pendamkan je napsu seni aku ni hahahahah, maybe ade rezeki lain kali, aku boleh kembali untuk fotografi InsyAllah.

Ok.. dah sampaiiiiii.. kitorang sebenornye menginap di Damai Beach Resort Santubong .

Damai Beach Resort
Teluk Bandung Santubong
P.O. Box 2870,
93756 Kuching,
Sarawak,Malaysia
Tel: +6082-846999
Fax: +6082-846777
Email: general@damaibeachresort.com


Memang terbaik hotel ni, receptionist yang entertain kitorang pun baik. Badan pun letih, tak sabar nak nengok bilik and katil, ngantuk gaban sebenarnya, sebab start travel pukul 3.30 pagi. Terima kasih banyak2 kasirul sebab tolong hantar kitorang hari tu =)


haaa kat atas bukit ni la kitorang nye bilik, Deluxe sea view. Normal rate Rm426.40 semalam. Nak naik bilik kene pakai pickup service. Ada van yang akan hantar and ambil kita. Percuma je.

haaa camni la view panorama dari balkoni, menyesal plak tak pakai 50mm , ni pakai wide 10-20 .. tu yang ade lebih distort sket, ok la niiii kekekekekek... camni la yang kitorang nampak dari balkoni.


terkejut jugak kitorang ade 2 katil queen kekekeke, ingatkan ade satu je katil , melompat-lompat cam sugar glider kehjap aku kat katil tu kekekeke, nampak tu Aisy Laiqah dah berposing sambil nengok tv.
Aisy Laiqah sedang mengetest spring tilam ni "waababa ayah yayayayaya miumiu weeeiii ngeee ihiiiii ahaaaaaaa" ni yang dia komen tentang katil , maksud dia aku still tak paham.

biasala jakun kan duduk bilik hotel atas bukit nampak laut, hahahahahhah tu yang banyak amik gambar tuuu =) Gunung santubong pun lawa, dengan awan melanggar-langgar, suasana sunyi hanya dengar deruan ombak dengan bunyik unggas, memang sungguh relax, petang tu kitorang tak kemana, just take turn lelap mata sambil jaga Aisy Laiqah. biasalah dia, tempat sejuk (Aircond dia sejuk gilo) , pastu lantai carpet.. dia lari2 jatuh tak sakit kan... gembira laa... main je sampai malam , abah n mami dia dah flat kekekek. aku pun malam tu tak kluar ke mana, just lepak nengok movie Fox premium + Max je.. badan letih.


Besok paginya lepas breakfast, kitorang ke pantai, jalan-jalan tepi pantai. Time ni pantai tengah surut, cantik sangat, dengan pasir yang halus, ade banyak batu-batu, langit pun cantik. Tapi harini Aisy Laiqah bad mood, nangis je, ape yang tak kene pun tatau laa.. maybe dia nak main kat bilik yang sejuk tu kot kekekek, kat luar ni kan panas.
Lantakkan dia nangis ngada-ngada tu, kitorang menikmati keindahan ciptaan Allah ni puas-puas dulu.


Kene dukung dia senyum laa pulak, eee geram betul ngan budak kecik ni kekekekek.

abah n mami dia kan dah tua, jalan2 sket dah penat, duduk la kejap, nasib baik mami Aisy Laiqah ni pandai , bawak mainan sponge bob, khusyuk laa kejap dia main.
kitorang lepak2 sampai tengah hari, lepas tu gi makan. Lepas makan kitorang dok bilik jer, layan pemandangan kat balkoni, sambil makan biskut lemak cecah air milo, pehhhh memang heaven and terasa mcm orang kaya. hahahahaha tatau la plak orang kaya makan ape kat balkoni, so assume makan biskut lemak jugak la kekekek


Next day, lepas breakfast, kitorang pi mandi pool , kat Damai beach ni ade 2 pool, satu pool kat bawah dekat dengan lobi hotel, satu lagi kat atas bukit dekat ngan bilik kitorang, pool yang atas bukit ni untuk yang dok atas bukit je. hahahahahah.  Aman, tenteram, orang luar tak boleh nik atas ni, berbeza ngan pool bawah, orang luar boleh mandi kat situ.
Tapi satu yang aku perasan, langit kat Kuching ni ada lain macam sikit, cantik, awan dia pun lain, boleh leka nengok awan -awan kat sini.
aisy Laiqah yang tak puas tido, kat tepi pool pun layan tido, heheheheh lagi pun hari tak panas,


lepas bangun je dari tido , terus mintak biskut "Hennnnyakkkk... Henyyyyakkkk" tu cara Aisy Laiqah cakap NAK , kekekekke makan sampai comot! lepas makan ape lagi, gedebush laaa dalam kolam, Aisy Laiqah dah ade pengalaman swimming di Swiss Graden Damai Laut Perak dulu, so kali ni dia dah taknak pakai pelampung dahhhhhh, dia nak berendam sendri .. snagatlahhh , abah ngan mami dia laa kene pegang, berlagak mcm boleh berenang sendiri budak kecik ni kekekekeke.
nanti aku sambung lagi cerita ... untuk entry kalini cukup sampai sini dulu ye... kang ngamuk boss korang kalau korang dok baca je entry ni kekekekek... until then peace! Assalamualaikum

1 comment:

Anonymous said...

awan kt sarawak mmg cantik.rindu plak bintulu.huhuhu...