Friday, July 2, 2010

Selamat Datang Aisy Laiqah

Salam
Tanggal 25/06 adalah tarikh yang bermakna buat saya dan Mrs. B, kehadiran kekasih baru kami yang dinanti selama 9 bulan telah pun hadir mewarnaai dunia kami. Mrs. B selamat melahirkan Aisy Laiqah di Hospital Pantai Ayer Keroh pada jam 4:19 petang.
Ramai yang menggangap nama Aisy Laiqah adalah rekaan kami, tetapi sebenarnye nama tersebut adalah nama Arab yang ada maksud yang indah.. heheh maybe jarang kita dengar... 9 bulan beb cari nama yang bes =)

Uish pengalaman baru buat saya dan Mrs. B..
Berdebar menenanti Mrs. B diluar OT yang terpaksa dibedah diatas sebab yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih kepada keluarga yang memberi kata2 perangsang.
Saat yang paling tak boleh lupa ialah apabila saya mengazankan Aisy Laiqah. Si kecik tuh seolah2 memahami ape yang saya buat. Pandangan matanye terus menyentuh hati saya dan membuatkan saya sedar bahawa saya telah menjadi seorang bapa dan tanggungjawab yang berat sudah tersedia dihadapan saya. saya hampir menitiskan air mata ketika itu..

Pengalaman mendukung anak sendiri cukup berbeza rasanya. Perasaan membasuh uri.. perasaan bangun tengah malam untuk membuat susu.. perassan sedih kerana baby ade "kuning" .. perasaan sedih melihat Mrs. B menanggung keperitan disaat hendak labour dimana saya tidak mampu berbuat apa2 .. hanya mampu berada disisi member sokongan.. perasaan "helpless" yang sungguh perit... perasaan sedih melihat Mrs. B menanggung keperitan selepas Ceaser.. sungguh helpless... ini adalah antara perasaan yang tak dapat dibendung..

ternyata pengalam yang baru..

InsyAllah, kami akan menjadi ibu dan bapa yang baik, InsyAllah.. doakan lah kami.. budak-budak yang telah menjadi bapak dan mak budak, semoga kami berjaya dengan amanah yang diberi Allah..

Abah dan mami sayang Aisy Laiqah =) .. cepat sembuh ye nak

contact biszign flickr biszign

4 comments:

ibu-uwais-ameenah said...

congrats apai. selamat menumpuh hidup sebagai abah & mami utk Mrs B. Aisy tu maksud dia kemakmuran hidup, Laiqah tu, apa maksud dia ek?

Biszign said...

tengkiu kak Mala..

Laiqah/Laa'iqah
- yang layak; elegan; bersesuaian

=)

Miss Q said...

congrats Apai!!! Comey nye baby! Nama best!

Biszign said...

Tengkiu Miss Q =)