Tuesday, June 23, 2009

Terima Kasih Pasir Salak Resort

Ini entri dedikasi khas untuk Pasir Salak Resort,


Terima kasih saya ucapkan kepada Pihak pengurusan dan staff2 Pasir Salak Resort terutamanya kepada Encik Shahril Azmil, Manager PSR *Pasir Salak Resort yang telah banyak membantu saya dan isteri saya sejak dari peringkat awal perbincangan sehinggalah ke hari majlis perkahwinan saya. Encik Shahril ini bukan sahaja ramah, tetapi amat berpengalaman dalam mengendalikan majlis2 sebegini. Beliau banyak membantu kami dalam mengusulkan cadangan2 bernas untuk membantu memeriahkan lagi majlis kami.
Alhamdulillah majlis kami berjalan lancar, semuanya seperti apa yang dibincangkan. Makananya memang sedap.. first class.. saya kalau pergi ke majlis perkahwinan orang lain, saya tidak pernah makan acar rampai dan daging masak hitam, kerana ia sinonim dengan sakit-perut-bila-makan-kenduri-kawen, tetapi.. acar rampai dan daging masak hitam yang disajikan oleh PSR teramatlah sedap sekali! saya tak tipu,masa makan damai tu, saya dok sental nasi ngan acar rampai je.. tak tengok kiri kanan dah.. dah tak igt bini dah ..hahaha.. series.. acar rampai nye sungguh spesel.. ada kuah seperti ditumis. Sungguh sedap.

=)

Kami amat kagum dengan tahap keramahan dan hospitaliti staff2 PSR. Disamping kemudahan2 yang disediakan oleh pihak resort, keindahan PSR amat menambat hati saya dan isteri saya. Sudah tentu saya akan kembali lagi untuk menginap di PSR.

klik imej untuk paparan lebih besar




Untuk ke PSR sila lihat peta di bawah yang telah dilukis oleh saya special untuk PSR. hehehehe.. (mana tau bley dapat free stay.. kan Encik Shahril uhuhuh)

klik imej untuk paparan lebih besar

PSR terletak di dalam daerah Kampung Gajah. Terkenal kerana sejarah pembunuhan J.W.W Birch, yang dimana PSR terletak bersebelahan Kompleks Sejarah Pasir Salak. Saya belum berkesempatan lagi untuk melawat Kompleks Sejarah walaupun telah 2 kali menginap di PSR. Untuk mengunjungi PSR, boleh melalui Lebuhraya PLUS exit tol Bidor dan menghala ke Lumut, dan masuk ke persimpangan Ulu Dedap,
ataupun exit Tapah dan menghala ke Bota Kiri dan terus ke Pekan Kampung Gajah.

PSR menyediakan Chalet yang mempunyai 2 bilik tidur. lengkap dengan penghawa dingin, tv, air panas, katil king size & 2 single size (bergantung kepada pakej bilik), sofa, sejadah, kerusi malas di balkoni, kemudahan swimming pool, dan cafe (dengan tempahan awal).
Sila hubungi Encik Shahril untuk keterangan lanjut tentang tempahan,majlis ataupun harga.

Shahril Azmil,
Manager
012 225 5442
pasirsalak(a)hotmail.com

Pasir Salak Resort Sdn. Bhd.,
Kampung Pasir Salak,
36800 Kampung Gajah,
Perak Darul Ridzuan.

Tel : +605-631 8999
+605-631 8998
Faks: +605-631 8997


Cubalah dulu untuk menginap di Pasir Salak Resort untuk kedamaian, dan untuk lari dari suasana kota.

klik imej untuk paparan lebih besar




Gambar model tak berbayar uhuhuh.. Sir Pajil =)

klik imej untuk paparan lebih besar

pictures by AmruFM
edited by me

::: jom kawen di Pasir Salak Resort uhuhuhuhhu :::

tags : Pasir Salak Resort , PSR , Perkahwinan , Kahwin , Tempat Peranginan , Perak Darul Ridzwan , Kampung Gajah , Pasir Salak , J.W.W Birch , Kompleks Sejarah Pasir Salak , Foto Perkahwinan , Berkahwin , Manager

10 comments:

Dj Epoi said...

Lain gambaw semua OK....

Cuma gambow si Pajil tuh jew .....Gua tak puas hati !!!! pasal tak kawin lagi hehehehee....

P/S Sesaje Gua apikan hahahahahah


Selamat Pengantin Baru Buat Raja Sehari !!!

Fly said...

cantik sungguh resort ni bro, anyway selamat pengantin baru bro, semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat.. aminnnn

Biszign said...

Bro Epoi : hahahaha, tu yang saya iklankan kepada minah2, janda2 single kat luar tu.. hahah thnx bro

Fly: thnx bro =) amiinnnn

pajil said...

yg pic las 2 cam wat slek jer..

Dj Epoi:terbakar la gak..x leh jd ari ni gak g carik...

Biszign said...

pajil : hahahaha, lawa tak wa edit gambar lu bro... pasni kalau berkenalan ngan awek mane2 bley pakai gamba ni... sure jatuh hati terus on the spot

Dj Epoi said...

Siut jew Lu Pajil.....

Hah cepat carik.....

Cepat ...cikit Gua nak pukul kompang hehehhehehe

Biszign said...

hahahaa.. alaa pajil tu je memilih... ramai gile awek nak kat dia... dia nak gak carik yang muke cam "Lana Lang (Kristen Kreuk) " dalam smallville tu uhuhuhuh

pajil said...

mende nak pakai lame kan..klo pakai seminggu mane2 pun boleh...huhu..
ok gua amik pic 2..tgk laku x..hahaha

Biszign said...

hahahha mende lu! hahahahha

ungu said...

tahniah ya.. :)