Monday, May 18, 2009

Apabila kucar dan kacer bertemu

Maaf sahabat2 .. sepatutnya entry ini di pos pada hari jumaat lalu :::

-----------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Salam,

Sebelum meneruskan nukilan, marilah sama-sama kita berdoa agar anak bongsu Bro Epoi, Baby Afiq dan semua anak-anak yang masih suci corak caritan kehidupannye sembuh dan dipermudahkan dari segala kesulitan dan komplikasi yang dihadapi insyAllah.

Bersempena tibanya majlis perkahwinan saya pada bulan ini nanti, Keluarga saya telah menziarah sambil menjemput saudara-mara yang bermastautin di kawasan lembah klang. Dari Kelana Jaya sehinggalah ke Sungai Buloh, dan selepas itu ke TTDI dan terus ke Cheras. Terima kasih diucapkan kepada semua saudara-mara yang melayan kami .. hoho kenyang dan kembong air.. mana tidaknye.. setiap persinggahan ada sahaja kudapan, kalau tidak dicuit tak manis rasanya kan? Letih jugak la, sebab pagi2 lagi saya dah bertolak dari melaka.. tapi Orang tua lagi lah letih sebab bertolak dari Batu Pahat seawal selepas subuh. Kredit saya berikan kepada Dark Matter Design, kerana telah menyiapkan kad saya awal.. thnx Aban.. jadi semuanya berjalan lancar kecuali saya banyak membuat pusingan n (betulkan pusingan n..bukan pusingan u hahah) kerana sesat mencari jalan.. Nasib baik lah abah saya jenis orang yang Cool dan Steady .. tengok anak dia cukup la.. ahaks~ paling kelakar, saya membuat pusingan yang salah semasa mengikut Aunty saya yang menunjukkan jalan ke Cheras.. haha ceritanye begini.. kami dari Bandar Seri Damansara hendak ke Alam Damai Cheras, Aunty saya ni baru sahaja pindah dari Johor Baharu, dan beliau tak tahu nama Jalan, nama Lebuhraya , atau nama tempat, jadi apabila saya mengatakan saya hendak ke cheras melalui lebuh Perseketuan, beliau mencadangkan untuk menhantar kami ke Cheras kerana kasihan kami akan berjalan dalam pusingan yang jauh.. lalu saya pun tidak fikir2 apa2 lagi hanya perlu mengikut dia dan memastikan abah saya mengikut saya.. haha.. bila sampai di tol LDP, Aunty saya menggunakan Touch N Go , dan terlupa saya mengikutnya.. walhal saya menggunakan lorong tunai, dan saya perlu pastikan abah saya pun melepasi tol berkenaan baru lah saya boleh mengejar Aunty saya ni.. hahah.. bila dah haru.. saya pun dah tak bley nak pk.. dah.. nak cari kreta kat depan, pada masa yang sama, kene tengok kreta blakang.. bayangkan laa.. bila dah terlepas.. Aunty saya call, sroh masuk junction ke cheras.. hahah saya dengan kelam kabut tu, nampak signboard ade tulis cheras ..saya terus sahaja belok.. padahal.. sign board tu tulis, cheras 700m , yang saya belok tu adalah nak ke kg. sg buloh hahahahah... hadui .. dah kene carik n turn lagi.. abah saya pun follow le saya masuk simpang tu sebab dia tengok saya kondifen jee... hahahahah.. tapi tu laa besnye dapat abah yang cool n steady ni.. dia rileks je... hihihihihi..rupa2 nye, aunty saya masuk ke Lebuhraya Sprint, heheheh kalaulah saya tahu, takde le saya sesat, tapi saya mengaku, saya memang kurang arif jalan di Cheras-ampang-wangsa maju-setapak belah2 sana laa.. memang gagal.. hehe 

Alhamdulillah segala urusan jemput menjemput tu dah selesai.. Alhamdulillah juga urusan rumah pun hampir selesai, Grille sudah dipasang, semalam saya sempat sapu rumah tu dari tingkat atas, mau patah pinggang saya.. hehe hari ni ingat nak basuh rumah.. kene bawak ipod dan speaker altec lansing saya laa sebab semalam bosan je masa sapu rumah tu.. hehe

tapi ape yang kecewa ialah tang Baju untuk Nikah saya .. saya dah tempah seawal bulan 3 haritu, semasa membuat tempahan tu, saya dah nyatakan terang2 bahawa saya hendak buat baju teluk belanga, awal bulan 5 haritu saya cuba hubungi tukang jahit tu untu tanya status baju saya ni.. tak berangkat telefon nya.. banyak kali cuba .. saya jadi bosan.. saya minta ayah dan mak saya jenguk2 baju saya tu... sehingga minggu lepas pun belum siap..semalam saya cuba lagi hubungi tukang jahit tu..alhamdulillah baju nya dah siap... mula2 saya berasa lega, tapi bila dia cakap ada masalah sket, saya dah mula tak sedap hati.. dia cakap bajunya dah terbuat jadi cekak musang... saya punya lah tak puas hati... banyak kali saya ulangi sesalan.. sampai tukang jahit tu sendiri yang usulkan untuk mengganti bajunya... saya cakap boleh, tapi saya nak kualiti dan jenis serta warna nya sama dengan kain yang dibuat cekak musang tu.. so tu je laa yang memeningkan saya sekarang ni.. haissshh.. 

InsyAllah saya akan berpindah barang pada hari ahad ni, dan selepas tu saya nak balik ke rumah Nyayi (nenek) di Parit Besar Batu Putih, untuk mencuba baju cekak musang yang telah dijahit tu.. mak dan abah pergi ke Johor Baharu kerana abah saya akan menerima pingat kesetiaan dari TNB kerana telah bertugas di TNB selama 30 tahun kalau tak silap saya. Abah baru sahaja pencen pada bulan March tahun ini di usia 56tahun. Sementara mak dan abah di JB, mereka akan meronda2 sambil menjemput saudara-mara yang berada disana pula. Banyak juga halnya ye nak kahwin ni hehe.. tau lah korang (bujang2 n dara2) nanti bila nak kahwin.. hehe =)

6 comments:

Dj Epoi said...

Saper cakap Kahwin senang?

Gua sendirik....ponk akui susah siut!!!!!!!! hehehehehheheheh

Binawe nyer tukang jahit ...( Ops Slumbernyer mulut gua heheheh )

Biasa arrrr...nak kahwin nih memang banyak dugaannyer......bak kata pepatah orang Tua2

Manis Waktu Bercinta...
Dugaan Waktu Bertunang
Cobaan Waktu Kahwin...hehehhee aper2 ajer lah kawan!!! hahahaa

Terima kasih mendoakan kami sekeluarga.....
Skank Gua rasa kuat siut....dari komen kawan2

Biszign said...

heheheh .. sejak dari zaman bro lagi dah susah ke... heheh ke memang sejak azali dah memang susah? hehehe hadoiyaii..

thnx bagi semangat.. =) lagi 2 minggu lebih je ni... dag dig dug~ didalam dadaaa~ hahhahaha...

ibu_uwais_ameenah said...

sungguh tidak best pabila JOHORIAN memakai cekak musang hokei... JOHORIAN sangatlah ideal dengan baju TELUK BELANGA... akak sangat suka abang pakai baju teluk belanga dengan songkok tinggi... P.E.R.F.E.C.T seorang J.O.H.O.R.I.A.N!

Biszign said...

aaaaaaaaaaaaaaaaaaa tensen! tensen! takde rezeki kot... songkok tinggi dah dapat! baju plak buat hal .. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! =(

ferol said...

hahahahha... ni nak gi fesyen baju melayu ke gi nikah ni.. syukur laa ade baju tu hahahaha... dari pakai kain pelekat dengan singlet, sambil belt ijau tu, cam pak lebai..

Biszign said...

punat ko laa ferol hohohoho, hangin le dol...order lain dapat lain.. contoh le...ko order buat seluar, dia buat skirt.. camtu laa ceritenye hohohoho...

takpe yang penting dia nak ganti hohohohoh... dah laa baju tu salah design.. pastu bley ade kotor2 dakwat pen itam plak... pastu butang yang dua kat leher paling atas sekali pun dia tak buat.. ko tak hangin ke...

hohohoh