Monday, April 13, 2009

Perpindahan ke Melaka

Salam,

Secara offisyalnye, biszign sdn. bhd. telah berpindah ke Ayer Keroh Melaka, chewaaaah, berangan betol ada company sendrian berhad.. impian neehh.. insyAllah akan jadi kenyataan satu hari nanti, semalam saya menghadiri satu talk yang dianjurkan oleh Superior Art & Graphics dibawah program Mentor Mentee MARA, tu nanti saya elaborasi kan dengan lebih lanjut. Untuk entri kali ni, saya akan draft sesket cerita saya pindah ke Melaka..

Ekceli, bermulanye bulan Mac, saya dah sibuk packing barang2 kat rumah dah ofis/kilang. Kilang dah mula operasi pindah pada awal minggu pertama bulan Mac, ni tapi saya mengepalaai delegasi bebudak opis. so agak leceh sebenarnye nge-pack barang2 ofis ni, ngan kemputer(ni adalah rata2 sebutan komputer) , ngan mouse, kibod, monitor . saya berada di bahagian teknikal, jadi 5-6 tahun dulu, kitorang pakai monitor 19".. bukan LCD, tapi CRT (Cathode Ray Tube) a.k.a monitor bontot besor yang gedabak mcm unta tu.. haaaa, kalau angkat sorang, mau putus arteri tulang blakang saya. nasib baiklah saya ada ramai askor, askor2 yang berasal dari Nepal, yang dulu nenek moyang diorang ni lah tolong kita halau jepun. Ironinya skang, saya bekerja di syarikat jepun, jadi kuli bersama ngan askor2 Gurkhali (kalau orang kita panggil diorang Gurkha) .. diorang still jajah kita lagi kan sedar tak sedar.. hehe =) kalau diorang takde, bley separa meninggal saya nak angkat grobok2, almari2, rak2 dan juga meja.. syukur diorang ada.

saya dan rakan2 rumah yang juga satu kilang, menyewa lori pada 15 haribulan.. kebetulan hari kawan baik saya masa skolah tu plak kawen! hadoi, sori lah Zul, kalau ko bitau sebulan awal, bley aku membuat penjadualan semula, hehehe mungkin takde rezeki aku nak nengok ko atas pelamin, kalau ko kawin no.2 nanti aku datang ye heheheheh...tu lah pada 15hb saya pindahkan hampir 70% barang2 saya, dan dok melepek di rumah kawan baik saya masa di Hi School BP, en. Mader (malas aku nak eja nama ko, panjang sgt) , bley kata saya hilang beberapa ribu kalori lah mase proses angkat turun barang tu..walaupun barang dah pindah, saya blom boleh memindahkan diri lagi sebab saya masih perlu berada di Nilai untuk menjadi Mandor .. saya secara offisyal berpindah ke Melaka pada petang rabu 18/03.

Sori takde gambar, badan penat semacam, pegang kamera pun gigil huhuhuhuhu..

Saya masih menantikan "welcoming party" yang dijanjikan oleh rakan2 baik saya yang berada di Melaka, haha, Tuan Asri ngan En. Wawan, asalkan bukan "skitzoparanoia" ye bro hahahaha.

Walaupun kami se-Kilang telah berpindah secara total di Melaka ni, apa yang mengecewakan saya, banyak bende yang masih belum sempurna, seperti pendawaian elektrik, penyambung telefon, penyambungan internet, kawasan yang masih berhabuk kerana kerja2 tambahan konkrit untuk mesin. saya jatuh sakit selama seminggu, selsema dan bersin yang tak sudah kerana saya alah kepada habuk. Alhamdulillah, semakin hari semakin OK kondisi kami disini. Ofis kami baru sahaja mendapat talian internet pada minggu lepas kerana ketiadaan "port".

Secara keseluruhannya, saya amat berpuashati dengan atmosfera Melaka walaupun agak bahang sket disini. Kemudahan banyak, tempat membeli belah pun banyak, untuk rekreasi pun banyak. Rata-rata, keadaanya tak ubah seperti Subang, dengan kereta yang masih banyak walaupun pada pukul 2-3 pagi, jalan yang terang, banyak kedai makan yang buka sampai ke subuh. Banyak Fasiliti seperti pusat sukan,futsal, jogging, ada gelanggan paintball, gokart, trek kreta remote control, banyak sekolah, kolej dan universiti. Dan saya nampak potensi Melaka untuk menjadi lebih maju dalam jangka masa 5 tahun lagi.

Banyak lagi tempat yang saya belum teroka, saya masih mencari tempat yang sesuai untuk menyewa, sebolehnya dekat dengan MITC Melaka, kalau ada yang boleh membantu ? =)

***Oh hot dam
This is my jam
Keep me partyin till the AM
Ya'll don't understand
Make me throw my hands in the ayer, a-ayer, ayer Keroh***
will.I.Am dpt idea buat lagu ni masa dia gi ayer Keroh la, dia ckp ngan pemandu teksi "where is the hottest place in Malacca?" pastu pemandu teksi tu pun ckp la bandar hilir la, tengkera la, pastu sambil dia cakap AYER KEROH dia tunjuk Will.I.Am kat sign board .. Will.I.Am terperanjat terus cakap "Hot Damn! Ayer ayer in the ayer ayer" .. gitulah sejarahnye.. ni Tuan Asri yang ceritalah, kalau dia tipu, maknanya saya pun tipu .. AHAAAAK! (style Joe Flizzow)

2 comments:

Anonymous said...

sudah update..
wahhhh pjg nyerrr citerrr...
huhuhuuuuu...

miss B

Biszign said...

huuhhuh ade yang request update... tu yg saya update tu... hihihihi... bukan bersawang je blog ni...dah berlumut dah huhuhu.. 

=)

thnxx baca =)